Tuesday, May 17, 2011
SAYANGNYAAA....
Bila ku lihat gambar-gambar bersamamu, aku cuba bangkit untuk menyatakan bahawa ianya adalah masa lampau. Masa lampau yang akan menjadi kenangan terindah buatku. Kenangan yang aku rasakan sebagai anugerah pengajaran hari-hariku. Tuntasnya kenangan itu, bagaikan mendung langitku tanpa kehadirannya. Hari-hari yang biasa dihiasi gelak tawa senyum manja, kini bertukat menjadi mimpi ngeri. Sinisnya pandanganmu itu, aku jadikan sebagai cabaran untuk terus bangun menentang. Cabaran untuk terus bangun menentang. Nurkilan kita dahulu, ku jadikan sebagai corak kehidupan silam. Silapnya aku mengenalinya. Silapnya aku menyayanginya. Dimanakah silapnya pula ? Dimanakah nilai menghargai satu sama lain ? Sungguh aku rindu saat-saat indah kita semua dahulu yang berlalu tanpa kesedihan dan kebencian. Aku menyeasal, namun apakan daya. Nasi telah menjadi bubur. Sayang menjadi benci. Hari-hari yang dijalani bagaikan mimpi ngeri. Melihatnya tertawa seumpama ku kembali ke kenangan silam. Sayangnyaaaaa....
