Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

HAPPY NEW YEAR BABYYY :), hello semua. berlalunya tahun 2010 dan tibanya tahun 2011. Tak dapat aku nafikan yang tahun 2010 terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Tahun yang banyak memberi aku pengajaran, tahun yang banyak mematangkan aku. 2010 adalah tahun aku mengenal diri aku, tahun aku mendapat sedikit kebebasan dan tahun aku bertemu teman baru. Aku sayang diri aku, aku sayang keluarga aku, aku sayang kawan2 aku dan aku juga sayang tahun 2010. 2010 juga banyak mengajar aku erti persahabatan dan erti percintaan. Aku sedari bahawa cinta itu buta, cinta itu kaki. Kaki yang boleh menendang2 aha. Aku belajar bagaimana untuk menghargai orang, belajar untuk tidak mempermainkan orang dah juga belajar menyayangi sesuatu. Sungguh, aku taktipu yang aku lebih menghargai tahun 2010 berbanding tahun tahun sebelum ini. 2010 juga detik perkenalan antara aku dan fufu. Bila 2011 datang, tiada lagi fufu, fuuu, fufung, funggg atau fauzi dalam hidup aku. Aku dah lupakan kau lah weyh ! Kawan2 aku lagi bermakna dr kau, diorang sentiasa bersama aku, ada kau jd mcm kawan aku ? okay tutuo cerita haha. 2010 juga mengajar aku erti kehidupan dalam dunia metropolitan ini. Aku selalu menipu diri sendiri, selalu nak menjaga hati orang, tapi orang takpernah pun jaga hati aku. Aku sayang 2010, sayang ! Sangat berat untuk aku melupakan apa yang terjadi pada 2010. Haihh lantak lah, 2011 dah pun tiba, so aku punya azam ! Azam untuk berjaya ! Membanggakan orang tuaku dan juga keluarga serta orang yang aku sayangi. Semua kenangan pahit mesti cuba di lupakan, semua kenangan manis akan sentiasa ku pahatkan dalam benak fikiran dan hatiku. 2011 aku akan berubah menjadi lebih baik. 2011 aku bukan lagi dadda, ahda, b, adik atau fiqratul yang dulu. Aku sudah baru. 2011 juga aku berazam untuk tidak terlalu percayakan orang. Semoga kita semua bersama sama berubah ke arah kebaikan. Amin.

HAPPY NEWYEAR PEEPSSSSS :)