
Seribu pertanyaan bermain dalam fikiran ku, adakah ianya sia-sia untuk aku memikirkannya ? Sedangkan mereka takpernah sedikit pun memikirkan aku. Kenapa aku tertanya-tanya tentang itu ? Mungkin mereka juga tertanya-tanya. Egois dan tegar ! Wahai insan yang di sayangi tuhan sekalian, adakah kalian berfikir sebelum melakukan itu semua ? Jangan wahai insan semua, kita ini hanya seperti semut. Meskipun seperti seekor semut, kalian jangan mudah di tindas atau di pijak ! Kalian harus bangkit dah berhenti daripada tertanya-tanya. Sedang asyik kalian tertanya-tanya, adakah mereka yang zalim itu mengerti? Tidak wahai insan, mereka zalim ! Ya ! Zalim pada kita, zalim pada diri mereka sendiri. Insan-insani, sedarlah, kita ini takpunya apa. Hentikan kezaliman itu. Jangan bikin insan lain tertanya-tanya. Sampai bila semua ini harus menjadi tanda tanya ? Sampai bila ? Tentu mereka tak punya jawapan atau taktahu untuk menjawabnya. Sudahlah, kita tak punya apa ! Tak punya apa ! Bila mereka memulakan kezaliman itu dengan gah, ke mana yang lain pergi ? Mana insan lain yang katanya mahu mencegah ? Mana? Mana? Satu kelibat pun tidak kelihatan. Malu ? Ya malu kerana insan insani ini hanya pandai berkata-kata. Tertanya-tanya lagi tentang apa ? Sudahlah, buang semua hasrat ingin tahu itu wahai insan, buang buang buang ! Kita tak berdaya lagi nak melawannya, KECUALI kita bersatu bangkit gagah menentang kezaliman itu !
*PETIKAN DARI MAJALAH HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA. Aku suka ayat dan kata2 yang di luahkan oleh si penulis !